Monday 16 April 2018

Belajar mengenai cara Install Window


  Pada waktu terluang saya dan rakan meminta En.Sharif Fuad untuk mengajar cara lain install window
dalam beberapa cara. Lihat bawah...↓

Step 1




Step 2
Step 3


Step 4




Bomba turunkan 20 lelaki terkandas atas Bukit Batu Caves ketika pasang bendera parti


GOMBAK - Seramai 20 lelaki terkandas di Bukit Batu Caves selepas mendakinya bagi memasang bendera sebuah parti politik di puncak bukit tersebut.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diturunkan dengan keadaan selamat ke kaki bukit dengan bantuan pihak bomba kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Mereka yang berusia 20 hingga 70 tahun itu dikatakan mendaki bukit berkenaan pada pukul 9.30 pagi kelmarin, namun gagal turun semula berikutan keadaan gelap selain permukaan licin berikutan hujan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, salah seorang daripada ahli kumpulan itu menghubungi pihak berkuasa bagi  mendapatkan bantuan selepas mereka gagal menuruni bukit tersebut.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang serta Bomba Sukarela Gombak, Serdang serta Kepong tiba di lokasi kejadian pada pukul 10 malam untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Kesemua mangsa terbabit kemudian berjaya dibawa turun pada pukul 12.30 tengah malam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!. - K! ONLINE

Ketagih telefon punca susah tidur

Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018 mendedahkan ketagihan kepada telefon bimbit antara punca rakyat negara ini menderita masalah susah tidur malam atau dipanggil insomnia.

PETALING JAYA – Ke­tagihan terhadap telefon pintar adalah antara punca kira-kira 11 juta rakyat Malaysia menderita susah tidur malam sehingga menjejaskan kesihatan dan produktiviti mereka.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, hampir empat juta orang menghidap penya­kit insomnia kronik yang memerlukan rawatan perubatan tetapi mereka tidak berbuat demikian.

Menurut Perunding Jenama Winthrop Management, Sherlyne Yong, Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018 oleh Nielsen Malaysia mendapati sebanyak 52 peratus responden kajian itu mengalami insomnia atau masalah susah tidur disebabkan stres dan kemurungan.

Katanya, selain stres, gaya hidup dan tabiat tidur tidak sihat (34 peratus), tempat tidur yang kurang selesa (26 peratus) dan menghabiskan terlalu banyak masa untuk bermain gajet seperti telefon pintar dan tablet (25 peratus) turut menjadi penyumbang utama.
 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis pantau aktiviti pasang bendera

KEHANGATAN pilihan raya semakin terasa apabila setiap parti bertanding mula memasang bendera masing-masing bagi menarik perhatian pengundi.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau sebarang aktiviti yang dilakukan oleh penyokong-penyokong parti politik sepanjang musim Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk melibatkan pemasangan ben­dera parti politik di tempat awam.

Pengarah Jabatan Ke­selamatan Dalam Ne­geri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah (gambar kecil) berkata, pemantauan itu perlu bagi mengelak sebarang kejadian provokasi yang boleh mencetuskan kea­daan huru-hara dalam kalangan penyokong parti.

Justeru, katanya, semua pihak termasuk parti-parti politik yang terlibat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan terutama melibatkan aktiviti pemasa­ngan bendera di tempat awam.

“Buat masa ini, tiada sebarang kes yang membimbangkan berlaku melibatkan pemasangan bendera parti dan saya percaya pihak polis sudah mengambil tindakan yang sebaiknya bagi menangani kes-kes sedemikian.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pembangunan WebDev menggunakan Adobe DreamWeaver


Penggunaan Adobe DreamWeaver dalam tugasan Web Development dalam membangunkan laman web sendiri yg perlu disiapkan oleh semua pelajar TKS.Ini penting supaya pelajar mengetahui basic menggunakan Adobe DreamWeaver.

FIFA RUSSIA FIESTA 2018 at Sunway Carnival Mall

Berlangsungnya event di Sunway Carnival Mall iaitu FIFA RUSSIA FIESTA 2018



Sumber Sendiri MAN XMEN

Kepung guna treler kontena



KAJANG � Tindakan spontan pihak polis menggunakan dua treler kontena untuk membuat sekatan jalan raya berjaya mengejutkan lebih 250 pelesit rempit yang hendak berlumba haram di Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini apabila mereka ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya kelmarin.

�Dalam operasi selama enam jam bermula pukul 12 tengah malam yang diketuai oleh Deputi Superintendan Azmi Wahid itu, pihak polis turut menggunakan sebanyak 21 kereta milik polis untuk menutup kesemua laluan lebuh raya itu dalam usaha mengepung semua pelesit rempit yang sedang berada di situ.

�Menurut jurucakap polis, seramai 108 anggota daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas Ibu Pejabat polis Daerah Kajang dikerahkan dalam Op Samseng Jalan Raya tersebut.

�Hasil risikan polis selama seminggu mendapati kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung di sini sering menjadi lokasi pilihan untuk anak-anak muda mengadakan perlumbaan haram pada malam hujung minggu.

�Ketika membuat operasi, kebetulan terdapat dua treler kontena berada berhampiran R&R ini dan kami meminta bantuan pemandu kedua-dua kenderaan tersebut untuk menghentikan kenderaan dalam keadaan melintang untuk menghalang laluan, katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

�Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.