Monday 16 April 2018

Bomba turunkan 20 lelaki terkandas atas Bukit Batu Caves ketika pasang bendera parti


GOMBAK - Seramai 20 lelaki terkandas di Bukit Batu Caves selepas mendakinya bagi memasang bendera sebuah parti politik di puncak bukit tersebut.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diturunkan dengan keadaan selamat ke kaki bukit dengan bantuan pihak bomba kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Mereka yang berusia 20 hingga 70 tahun itu dikatakan mendaki bukit berkenaan pada pukul 9.30 pagi kelmarin, namun gagal turun semula berikutan keadaan gelap selain permukaan licin berikutan hujan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, salah seorang daripada ahli kumpulan itu menghubungi pihak berkuasa bagi  mendapatkan bantuan selepas mereka gagal menuruni bukit tersebut.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang serta Bomba Sukarela Gombak, Serdang serta Kepong tiba di lokasi kejadian pada pukul 10 malam untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Kesemua mangsa terbabit kemudian berjaya dibawa turun pada pukul 12.30 tengah malam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment