Monday, 16 April 2018

Kepung guna treler kontena



KAJANG � Tindakan spontan pihak polis menggunakan dua treler kontena untuk membuat sekatan jalan raya berjaya mengejutkan lebih 250 pelesit rempit yang hendak berlumba haram di Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini apabila mereka ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya kelmarin.

�Dalam operasi selama enam jam bermula pukul 12 tengah malam yang diketuai oleh Deputi Superintendan Azmi Wahid itu, pihak polis turut menggunakan sebanyak 21 kereta milik polis untuk menutup kesemua laluan lebuh raya itu dalam usaha mengepung semua pelesit rempit yang sedang berada di situ.

�Menurut jurucakap polis, seramai 108 anggota daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas Ibu Pejabat polis Daerah Kajang dikerahkan dalam Op Samseng Jalan Raya tersebut.

�Hasil risikan polis selama seminggu mendapati kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung di sini sering menjadi lokasi pilihan untuk anak-anak muda mengadakan perlumbaan haram pada malam hujung minggu.

�Ketika membuat operasi, kebetulan terdapat dua treler kontena berada berhampiran R&R ini dan kami meminta bantuan pemandu kedua-dua kenderaan tersebut untuk menghentikan kenderaan dalam keadaan melintang untuk menghalang laluan, katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

�Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment