Monday 16 April 2018

Polis pantau aktiviti pasang bendera

KEHANGATAN pilihan raya semakin terasa apabila setiap parti bertanding mula memasang bendera masing-masing bagi menarik perhatian pengundi.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau sebarang aktiviti yang dilakukan oleh penyokong-penyokong parti politik sepanjang musim Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk melibatkan pemasangan ben­dera parti politik di tempat awam.

Pengarah Jabatan Ke­selamatan Dalam Ne­geri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah (gambar kecil) berkata, pemantauan itu perlu bagi mengelak sebarang kejadian provokasi yang boleh mencetuskan kea­daan huru-hara dalam kalangan penyokong parti.

Justeru, katanya, semua pihak termasuk parti-parti politik yang terlibat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan terutama melibatkan aktiviti pemasa­ngan bendera di tempat awam.

“Buat masa ini, tiada sebarang kes yang membimbangkan berlaku melibatkan pemasangan bendera parti dan saya percaya pihak polis sudah mengambil tindakan yang sebaiknya bagi menangani kes-kes sedemikian.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment